Tuesday, 30 September 2014

KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN (LPM)

Kursus ini diwujudkan berdasarkan daripada Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang telah berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2014. Ini berikutan daripada peningkatan kes-kes keracunan yang sangat membimbangkan. Kursus ini wajib ke atas setiap pengendali makanan yang terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan bagi meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan mereka mengenai penyediaan makanan secara bersih serta selamat dalam masa yang sama untuk mengurangkan risiko pencemaran dan keracunan makanan.

1) Bagaimana kami hendak menyertai Kursus Latihan Pengendali Makanan?

Kursus Latihan Pengendali Makanan hanya dijalankan oleh institusi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang dikenali sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM). Untuk mendapatkan Senarai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM), sila layari laman web Bahagian Keselamatan Makanan dan Kualiti (BKKM) iaitu http://fsq.moh.gov.my

2) Siapakah pengendali makanan?

Pengendali makanan termasuklah mana-mana orang yang:

(a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan
(c) mengendalikan makanan yang dibungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas, dalam mana-mana premis makanan.

(Petikan dari Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009)

Dengan itu, kumpulan sasaran yang wajib menjalani kursus tersebut adalah dalam bidang yang berikut:
  • Kilang makanan/Minuman
  • Hotel/Resort
  • Restoran/Kedai Makan/Kafeteria
  • Medan Selera
  • Pasaraya
  • Bakeri/Kedai Roti/Kek
  • Kantin Sekolah/Asrama
  • Kantin IPTA/IPTS
  • Kantin Kilang/Pejabat
  • Pusat Jagaan/Tadika
  • Katering
  • Gerai makan/minum
  • Penjaja makan/minum
  • Pasar malam
  • Dapur hospital
  • PLKN
3) Apa akan berlaku jika tidak menjalani Kursus Latihan Pengendali Makanan?

Jika disabitkan kesalahan, anda boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.


4) Apakah kelebihan lain mempunyai Sijil Latihan Pengendali Makanan?

Selain mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, anda juga mempunyai kelebihan lain seperti :
  • merupakan salah satu syarat dalam permohonan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (MBKS, MPP, DBKU).
  • pra-syarat dalam program keselamatan makanan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri), BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat), HACCP (Hazards Analysis Critical Control Points), GMP (Good Manufacturing Practices), HALAL (JAIS).
5) Adakah sijil tersebut mempunyai tempoh sah tamat untuk diperbaharui?

Sijil ini adalah sah seumur hidup tidak perlu diperbaharui. Akan tetapi, jika premis anda didapati tidak suci atau TIDAK bersih dan berlaku kes keracunan makanan, ANDA WAJIB MENGHADIRI LATIHAN SEMULA.

No comments:

Post a Comment